Kerajaan memperkenalkan Dana Wibawa untuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan statusnya setaraf dengan sektor lain.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan menggalakkan institusi latihan bersaing untuk menawarkan program latihan yang lebih kompetitif dan memenuhi keperluan industri, dengan jaminan pekerjaan kepada graduan melalui peruntukan tersebut.

“Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.” katanya lagi.

TVET adalah salah satu isu utama yang diketengahkan oleh kerajaan berikutan keperluannya untuk melalui disusun semula walaupun tergolong dalam peruntukan lebih RM10 bilion dalam dua bajet yang lepas.

Menurut laporan, program Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) telah dibekukan menyebabkan lebih 5,000 lepasannya keciciran.

Kolej komuniti dan politeknik juga diberi keutamaan dengan peruntukan sebanyak RM206 juta untuk pembangunan dan penyediaan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk aktiviti penyelidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang termasuk di dalamnya RM30 juta bagi Program Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAIR) bertujuan mempertingkatkan kerjasama antara IPT dengan industri tempatan serta agensi antarabangsa dalam bidang strategik.

Click for ENGLISH