Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, Kementerian Pendidikan terus menjadi keutamaan kerajaan dengan menerima peruntukan yang terbesar dalam Bajet 2019.

Menerusi pembentangan Bajet 2019 di Dewan Rakyat pada 2 November 2018, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kementerian ini kekal sebagai penerima peruntukan terbesar pada jumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada jumlah peruntukan Bajet 2019.

“Satu-satunya mekanisma yang terjamin dan berterusan untuk menjana pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi, adalah melalui pendidikan yang berkualiti di semua peringkat,” katanya lagi

Di bawah peruntukan ini, salah satu insentifnya adalah memberi pengecualian cukai ke atas semua sumbangan kepada tabung penyelenggaraan sekolah kerajaan dan institut pendidikan tinggi (IPT) yang berdaftar dengan kementerian, bermula 1 Januari 2019.

“Ini juga satu adalah bentuk penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang terus kepada pembangunan negara.

“Bagi sekolah dan IPT jenis lain yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, pengecualian cukai akan dibuat melalui penilaian satu persatu” tambahnya.

 

Click for ENGLISH