Jenis siput Alycaeus clementsi antara yang ditemui.

Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mencapai suatu aras baru dalam penyelidikan baru-baru ini dalam kepelbagaian sumber khazanah alam semula jadi di Malaysia.

Menurut Pemangku Pengarah IBTP, Prof. Madya Dr Monica Suleiman, para pengkaji di IBTP telah menemukan empat jenis tumbuhan dan sebelas spesies siput baharu.

“Kita membuat penemuan empat jenis tumbuhan itu di Sabah, dan 11 spesies siput di Semenanjung Malaysia,” Katanya lagi.

Menurut Dr Monica, dua daripada jenis tumbuhan yang ditemui semasa dalam kajian yang diketuai olehnya di Pusat Konservasi Maliau Basin Sabah.

Prof. Madya Dr Monica Suleiman berkata para pengkaji di IBTP telah menemukan empat jenis tumbuhan dan 11 spesies siput baharu.

Kajian tersebut dijalankan bersama dua lagi rakan penyelidik dari Department of Biology, Graduate School of Science, Kobe University, Jepun dan Dr. Hirokazu Tsukaya dari Department of Biological Sciences, Graduate School of Science, The University of Tokyo, Jepun.

“Tumbuhan pertama adalah sejenis tumbuhan saprofit, dan dinamakan sebagai Thismia Bryndonii. Tumbuhan kedua pula adalah dari jenis orkid, dan dinamakan Didymoplexis Obreniformis var. Maliauensis, sempena nama Maliau Basin sebagai tempat ia ditemui,” kata Dr Monica.

Menurutnya lagi, dua lagi jenis tumbuhan yang ditemui adalah diperolehi melalui kajian yang dilaksanakan di Taman Bukit Tawau.

“Pensyarah IBTP yang ditugaskan di Fakulti Pertanian Lestari UMS Kampus Sandakan, bersama dua lagi Felo Penyelidik Bersekutu IBTP telah menemui dua spesies baharu keladi
yang masing-masing diberi nama Schismatoglottis saafiei dan Schismatoglottis zainuddinii,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Monica memaklumkan 11 jenis siput daratan yang ditemui di Semenanjung Malaysia telah dikenalpasti sebagai spesies yang baharu oleh seorang lagi penyelidik IBTP, Dr. Liew Thor Seng bersama Foon Junn Kitt iaitu salah seorang pelajar pascasiswazah IBTP.

Spesis tumbuhan baru, Thismia bryndonii.

Dr Monica turut memaklumkan 11 jenis siput daratan yang ditemui di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti sebagai spesies baharu oleh seorang lagi penyelidik IBTP, Dr. Liew Thor Seng bersama Foon Junn Kitt iaitu salah seorang pelajar pascasiswazah IBTP.

“Spesies baharu siput ini dikenali sebagai Alycaeus selangoriensis, Alycaeus costacrassa, Alycaeus ikanensis, Alycaeus alticola, Alycaeus charasensis, Alycaeus kurauensis, Alycaeus regalis, Alycaeus virgogravida, Alycaeus senyumensis, Alycaeus expansus dan Alycaeus clementsi,” katanya.

Menurutnya lagi, penemuan baharu itu menjadikan sejumlah 28 spesies siput Alycaeus telah berjaya dikenal pasti di Semenanjung Malaysia.

CLICK FOR ENGLISH